Thursday, January 6, 2011

Kemudahan Sukan di UMP PEKAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Kemudahan Gelanggang Sukan di Universiti Malaysia Pahang, Kampus Pekan telah diserahkan kepada Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Ke-5 untuk menguruskan penggunaannya untuk para pelajar di Kampus Pekan.
Kemudahan ini adalah dibawah seliaan Encik Musif dan dibantu oleh Encik Zulfahmi. Para pelajar yang ingin menggunakan kemudahan ini boleh menghubungi staff di talian 012-9227708(Musif) dan 013-3226451(Zulfahmi) untuk tempahan dan maklumat penggunaan.

Buat masa ini, penggunaan diwaktu malam dihadkan sehingga pukul 12.00 tengah malam sahaja sehingga pihak pengurusan memasang "Automatic Timer". Tempahan adalah secara manual dan perlu hadir ke Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Ke-5 di Blok A.

Sekian.

Tuesday, January 4, 2011

TEMUDUGA BANTUAN KEWANGAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011

Assalamu'alaikum dan salamsejahtera,
dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni akan mengadakan satu temuduga Bantuan Kewangan Zakat kepada pelajar – pelajar Universiti Malaysia Pahang yang layak.

Syarat-syarat  yang ditetapkan:-
- Beragama Islam
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,000.00 @
- Ibu atau bapa atau kedua-duanya telah meninggal dunia @
- Ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah OKU @
- Ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah penerima bantuan JKM @
- Pelajar tidak mendapat apa-apa tajaan pelajaran.

Sehubungan dengan itu, pelajar – pelajar yang melepasi syarat diatas adalah dipelawa untuk memohon bantuan tersebut. Borang permohonan boleh didapati di kaunter JHEPA.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 07 Januari 2011 (Jumaat) jam 5.00 petang di kaunter JHEPA. Maklumat temuduga seperti dibawah .

                Tarikh    : 10 Januari 2011
                Masa     : 5.00-7.00 petang
                Tempat  : Bilik Mesyuarat JHEPA
 
Pelajar yang layak untuk ditemuduga akan dihubungi melalui telefon bimbit & announcement. Borang yang diterima selepas 07 Januari 2011 akan diproses pada kelompok yang berikutnya.

Sekian.

PTPTN

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
mengenai KEMUSYKILAN MENGENAI KEMASUKAN WANG PTPTN YANG MELEBIHI JUMLAH YANG SEPATUTNYA,Mahasiswa/i diminta agar tidak menggunakan wang yang diperoleh bagi mengelakkan masalah.
MASALAH KEMASUKAN WANG YANG MELEBIHI JUMLAH YANG SEPATUTNYA ADALAH KERANA MASALAH SYSTEM DI BANK .OLEH HAL DEMIKIAN , ANDA DINASIHATKAN UNTUK MERUJUK KEPADA PIHAK UPKP.

Untuk makluman pelajar-pelajar kanan UMP, bayaran PTPTN telah dikreditkan ke dalam akaun pelajar-pelajar yang berstatus KB dan KC pada 31 Disember 2010 dan 01 Januari 2011.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkenaan penerimaan bayaran tersebut ke dalam akaun bank pelajar mohon dirujuk kepada Unit Penerimaan & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari dengan segera sebelum pengeluaran di kaunter UPKP atau di talian 09-5492042 / 2078 / 2628.

SEKIAN.

Sunday, January 2, 2011

CHECK IN KK5

KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN KAMPUS PEKAN SEMESTER II 2010/2011

Salam 1 Malaysia,

Saudara/saudari,

Mesyuarat JK Pemilihan Kolej Kediaman telah menimbang dan meluluskan permohonan pelajar dari luar kampus, pertukaran kolej kediaman, permohonan dari pelajar Latihan Industri dan permohonan dari pelajar extend bagi kemasukan ke Kolej Kediaman 5 yang diterima dalam tempoh 8 Nov - 26 Nov 2010 iaitu tempoh permohonan dan pertukaran kolej kediaman Semester II 2010/2011 yang telah dibuka kepada pelajar.

Permohonan yang telah diluluskan boleh .

Bagi pelajar yang membuat permohonan pertukaran kolej kediaman, sila ambil borang anda di Pejabat Kolej Kediaman 5 bagi proses pendaftaran keluar dari kolej asal sebelum membuat proses pendaftaran masuk ke KK5. Manakala, bagi permohonan dari pelajar Latihan Industri dan pelajar extend perlu membuat proses pendaftaran keluar kolej kediaman (sekiranya ada pertukaran bilik mengikut senarai kelulusan yang dilampirkan) sebelum membuat proses pendaftaran masuk kolej kediaman 5.

Mohon maklum bahawa tarikh pendaftaran masuk ke kolej kediaman yang telah ditetapkan adalah pada 3 Januari 2010 (Isnin) dan tempoh pendaftaran adalah 14hari dari tarikh yang telah ditetapkan.

Tahniah dan semoga saudara/saudari selamat kembali ke kampus.

Terima kasih.

DARI ECOMM

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails