Tuesday, March 30, 2010

ISU PENGINAPAN, PERBINCANGAN DAN TINDAKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hasil perbincangan pemimpin mahasiswa bersama Pemangku Dekan JHEPA, Prof. Dr. Mohd Ridzuan Nordin pada 28 Mac 2010, beberapa isu telah dikupas bersama untuk mencari cadangan dan solusi. Perbincangan tertumpu kepada masalah penginapan dan perpindahan pelajar ke KK5 di kampus Pekan, Pahang. Aspek yang dititikberatkan adalah dari segi keselamatan, kebajikan dan sosial.

Antara perkara yang disepakati dalam perbincangan:

- Meminta pengurusan mengkaji semula sistem pendaftaran penginapan secara on-line dan manual.

- Meminta agar pihak JHEPA menyediakan kaunter khas untuk sebarang pertanyaan berkaitan isu penginapan di JHEPA.

- Mengkaji semula perlaksanaan van shuttle untuk pelajar KK2.

- Kolej Kediaman 5 di Pekan :

1. Meminta agar aspek keselamatan dititikberatkan. Solusinya, pihak pengurusan sedang menambahkan bilangan pegawai keselamatan dan pemasangan CCTV dilakukan. Pembinaan pondok polis juga dicadangkan.

2. Menggesa supaya perkembangan pembinaan KK5 dapat sentiasa diýupdateý kepada mahasiswa oleh pihak pengurusan.

3. Dari segi pengangkutan, meminta supaya diadakan kemudahan pengangkutan seperti bas untuk pelajar.

4. Kemudahan riadah dan dimaklumkan kemudahan seperti gelanggang bola keranjang dan futsal akan dibina.

5. Meminta tender pembinaan telus dengan jadual kerana sebelum ini dikatakan KK5 dapat disiapkan sebelum semester baru bermula.

Makluman terbaru, CCF untuk KK5 akan diberikan kepada UMP pada 25 Mei ini. Kami di pihak MPP telah menggesa supaya wakil pelajar terlibat ketika proses pemilihan penempatan pelajar agar pemilihan yang dibuat lebih telus dan disepakati bersama.

1 comment:

  1. Insya Allah, dengan izin Allah..semoga semuanya berjalan dengan lancar..

    TGM`s crew.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails