Friday, March 26, 2010
STATUS TERKINI KK5
Pada 26 Mac 2010, wakil MPP Saudara Raja Gopal bersama En Saiful Bahri, Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Kemudahan Fizikal telah melawat tapak pembinaan Kolej Kediaman 5 dan berbincang bersama jurutera yang bertanggungjawab iaitu Saudari Salwana dan pembantunya Sulaiman. Berikut merupakan hasil lawatan yang dapat dikongsi bersama rakan mahasiswa :-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

• Aras bawah dan aras pertama KK5 akan diserahkan kepada UMP pada 11/5/2010 oleh kontraktor
• Perabot akan dimasukkan ke dalam bilik kolej kediaman pada 12/5/2010
• Selepas 2 minggu, aras kedua dan ketiga akan diserahkan kepada UMP dan dimasukkan perabot
• Internet build in sudah siap dipasang untuk ketiga-tiga blok kediaman
• Kabel akan mula dipasang dari blok kediaman ke main server pada minggu depan
Status setiap blok :-
• Blok A sudah 70% siap. Bumbung akan dipasang 2 hari lagi
• Blok B sudah 80% siap dan bumbung sudah dipasang
• Blok C sudah 90% siap
Kafeteria sudah siap sepenuhnya dan hanya tinggal untuk ‘fitting’ sahaja. Terdapat 4 buah kafeteria dan 4 kiosk.
Setiap blok kediaman mempunyai 36 bilik. Blok A adalah untuk siswi dan blok B dan C adalah untuk siswa. Setiap apartment di blok kediaman boleh menampung 6 orang pelajar dimana kemudahan yang disediakan adalah 3 buah bilik, 1 buah tandas, 1 buah bilik mandi dan satu lobi (ruang tamu).
Keadaaan di kolej kediaman 5 hampir siap cuma dinding di bahagian luar kolej kediaman yang belum diplaster menampakkan tiada kemajuan pembinaan sedangkan di bahagian dalam kolej kediaman sudah hampir siap.
Kami di pihak MPP akan terus mendapatkan status terkini pembinaan KK5 demi kepentingan mahasiswa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment