Saturday, October 23, 2010

[MPM] ADUAN KEROSAKAN KOLEJ KEDIAMAN

Assalamu'alaikum wbt dan selamat sejahtera,
suka kami mengingatkan kembali kepada mahasiswa mahasiswi prosedur membuat aduan di kolej kediaman selepas waktu pejabat dan pada hari cuti.   Bagi aduan biasa seperti kerosakan tombol, kerosakan paip dan sebagainya, aduan boleh dibuat melalui e-community pelajar secara atas talian samada pada hari bekerja atau pada hari cuti. 

ADUAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Jika aduan dibuat selepas waktu pejabat atau pada hari cuti, aduan akan diterima hari bekerja berikutnya.  Aduan pelajar akan disalurkan kepada pihak JPPH untuk tindakan pembaikian.  Tempoh pembaikian adalah bergantung kepada jenis kerosakan.  Mohon juga kerjasama pelajar  untuk menyatakan kerosakan secara tepat kerana ia juga mempengaruhi proses tindakan yang diambil.    Sila  kenalpasti secara tepat jenis kerosakan kerana terdapat sesetengah item yang rosak tidak dapat dikenalpasti oleh penglihatan seperti tombol tidak boleh dikunci dari dalam atau sebagainya.  Dengan maklumat yang tepat, ini akan membantu  memudahkan pihak JPPH untuk menjalankan kerja-kerja pembaikian.

KES KECEMASAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Bagi kes-kes kecemasan seperti masalah elektrik (black out), ketiadaan air, masalah kesihatan dan sebagainya,  pelajar perlu segera melaporkan kepada felo di kolej kediaman.

i)                     KEROSAKAN ELEKTRIK (BLACK OUT) PADA WAKTU MALAM DAN HARI CUTI
Bagi kerosakan elektrik (black out)  pada waktu malam, pembaikian tidak akan dilakukan pada malam tersebut, namun ianya akan di baiki pada hari keesokkannya.  Sila laporkan aduan kepada felo di kolej.

ii)                    MASALAH KESIHATAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Bagi semua kes kesihatan, pelajar diwajibkan untuk berhubung dengan felo untuk tindakan selanjutnya.  Pelajar tidak dibenarkan berhubung secara terus dengan Pusat Kesihatan UMP tanpa melalui felo.

iii)                 TERTINGGAL KUNCI DI DALAM BILIK
Sekiranya pelajar menghadapi masalah tertinggal kunci di dalam bilik, pelajar boleh merujuk felo untuk mendapatkan kunci.  Pelajar adalah dilarang sama sekali memanjat tingkap atau merosakkan tombol pintu.  Caj kecuaian sebanyak RM5 akan dikenakan.

Sebarang hal,aduan berkaitan dengan Keloj Kediaman, boleh berjumpa terus dengan PEKA kolej masing-masing atau wakil PEKA kolej anda.
Sekian harap maklum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails