Sunday, April 11, 2010

PANDANGAN TERHADAP KONSERT AMAL MATAHARI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pencapaian yang unggul oleh warga kerja Persatuan Wanita UMP (MATAHARI) dalam usaha menjana pemusatan idea yang berkesan terhadap kemajuan kendiri, keluarga, masyarakat dan negara melalui pelbagai program yang bermanfaat. Hal ini dapat dibuktikan melalui kelangsungan program yang telah beroperasi sekitar tarikh 6 hingga 9 April 2010 yang lalu. Antara program yang dilaksanakan adalah Kursus Tatarias dan Keterampilan Diri, Karnival Wanita, Kempen Derma Darah, Tapau Mania, Ceramah Pemakanan Sihat, Ceramah Menangani Gangguan Seksual, Program Khidmat Komuniti dan lain-lain lagi. Program tersebut secara langsung mampu melakar impak yang positif kearah memupuk identiti dan semangat jati diri yang unggul keatas warga UMP serta masyarakat amnya . Tahniah sekali lagi diucapkan.

Seperti yang sedia maklum, pada 9 April 2010, telah berlangsungnya Konsert Amal Matahari 2010, bertempat di Kompleks Sukan UMP dan bermula sekitar jam 8 malam. Konsert ini dihadiri oleh warga UMP, IPT sekitar negeri Pahang serta masyarakat luar kampus. Konsert pada malam tersebut, ditambah seri dengan keberangkatan KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Saya yakin dan percaya bahawa pihak pentadbiran universiti pastinya mengharapkan suatu dapatan yang terbaik terharap warganya. Merujuk kepada konsert yang baru sahaja berlangsung, saya dapat mengesan lekuk lekuk kepincangan terhadap elemen perlaksanaan pada malam kejadian. Universiti merupakan lapangan ilmu pengetahuan yang kaya dengan masyarakat pakar dan pengkaji serta merupakan lubuk mutiara para ilmuan yang terdidik. Apabila ciri ciri unggul tadi dicemari dengan perkara bertentangan dengan norma kesarjanaan, saya bimbang titik hitam tadi menjadi ikut ikutan dari generasi ke generasi.

Saya tegaskan di sini bahawa pihak pentadbiran universiti serta warga UMP perlu membuat penilaian secara terperinci untuk setiap program yang bakal dibuat. Bertindak lah mengikut panduan yang telah digariskan. Tonjolkanlah nilai teladan yang bermanfaat kepada warga UMP tercinta dan masyarakat amnya. Universiti kita sedang menjalani proses pembangunan fizikal dan identiti. Gunakan peluang keemasan ini bersepadu berganding bahu dalam meletakkan corak istimewa dengan ciri ciri ketulenan yang boleh dibanggakan. Berusahalah untuk menjadi universiti contoh yang disegani oleh masyarakat. Peliharalah universiti ini dan jadilah komuniti yang bertanggungjawab.

SALAM 1 MALAYSIA

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,

( NUR FASIHAH BINTI ABDUL KADIR )

NAIB YANG DIPERTUA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 09/10

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails