keutamaan adalah diberikan kepad siswa/i yang :
1) tahun akhir (ijazah & diploma),LI sekarang(semester pendek)
2) kurang upaya/sakit yang disahkan Doktor dan sebagainya
3) miskin/kurang berada dimana kemiskinan diperakui (dimana mereka mendapat bantuan Zakat dan sebagainya)
4) aktif (MT kelab,Peka,MPP,SUKSIS,Masum dan sebagainya)
5) CGPA 3.30 ke atas
6) tiada masalah disiplin
Untuk siswa yang miskin/kurang berada sepertimana diatas, yg tidak memohon bantuan zakat dan sebagainya, mintak tampil beritahu Saudara RAJA GOPAL atau terus ke bahagian kaunseling JHEPA dimana kami mahu mengumpul seramai mungkin siswa/i ini yang memerlukan keutamaan ini.
Berjumpa dengan pegawai di bahagian kaunseling adalah untuk pengumpulan maklumat peribadi.
Hak siswa/i sebegini dipandang serius oleh kami, mohon kerja sama untuk tampil memberitahu kami.
Jika ada rakan2-rakan yang tidak mendapat bantuan Zakat dan sebagainya tetapi sememangnya ada masalah kewangan, kemiskinan diperakui, minta memberitahu rakan-rakan tersebut mengenai perkara ini.
Setakat ini kami sudah ada data dan maklumat mereka yang mendapat bantuan zakat dan yang ditemuduga untuk bantuan zakat, tetapi saya percaya dimana masih ada sebilangan siswa/i yang masih belum tampilkan diri lagi.
Kami mahu maklumat siswa/i dari bangsa & agama selain daripada siswa/i muslim yang mendapat bantuan Zakat ini juga.
Tidak kira BANGSA & AGAMA , mohon kerjasama memaklumkan kepada kami.
Anda boleh menghubungi melalui sms,email,facebook Saudara Raja Gopal dan Amirul-Naqib .
Mohon dimaklumkan secepat yang mungkin kerana proses-proses penapisan sudah bermula dan dijangka akan siap untuk diumumkan pada 22 April 2010.
Kami akan bersama sekali ketika proses tersebut bagi menjaga ketulusan proses.
AMIRUL-NAQIB
EXCO KEBAJIKAN II
MPM 09/10
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ReplyDeleteSuka saya berikan sedikit teguran tentang penerbitan (posting) entri yang telah disiarkan oleh MPP.
Saya lihat ada beberapa unsur penulisan yang tidak diambil kira seperti penggunaan bahasa Melayu yang tidak lengkap (mencampurkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu) dan penggunaan ejaan singkat (short form).
Mungkin ada yang tidak perasan bahawa blog ini juga dipantau oleh pihak ketiga (third party observer) dan sentiasa memantau tahap kredibiliti MPM UMP bukan sahaja dari segi aspek dalam menjalankan tugas malah dalam aspek komunikasi antara MPM UMP dengan mahasiswa UMP.
Untuk itu, saya mencadangkan agar setiap entri yang disiarkan itu dipantau terlebih dahulu lebih awal. Selain itu juga, bolehlah pihak MPM UMP untuk menetapkan setiap entri itu hanya disiarkan dalam bahasa Melayu sahaja atau bahasa Inggeris sahaja atau dwi-bahasa atau mana-mana bahasa yang dirasakan perlu.
Diharap teguran ini dapat menjaga kredibiliti mahasiswa UMP secara umumnya dan MPM UMP sendiri secara khususnya.
Sekian.
Salam,...
ReplyDeletePada pandangan kami,tidak kisahlah kalau entri kali ini nampak kelam kabut.Ya,memang ia waktu yang kritikal,mungkin saudara Nakib terlalu bergegas sehingga kurang teliti dalam penulisannya.Tapi itu bukan menjadi persoalan yang boleh mengugat kredibiliti kepimpinan lansung,asalkan maklumatnya sampai pada pembaca,di blog ia dikira memadai untuk kami memahaminya.Bukan mudah berada di barisan MPM terutama dia adalah pelajar FKM,mangsa yg sama seperti kita-kita semua.
Saudara kami Nakib Amirul,teruskan perjuangan anda.Anda menjadi harapan kami khasnya pelajar mekanikal dan elektrikal.
regards,
Team Gerabak Mekanikal
Salam,
ReplyDeleteterimak asih atas teguran Saudara Hisham yang bertujuan memartabatkan bahasa melayu dengan tidak mencampur aduk dengan bahasa asing..ia berlaku seperti mana Saudara Gerabak katakan agak tidak tersusun kerana ingin menyampaikan perkara ini secepat mungkin kepada rakan-rakan mahasiswa/i.
Teguran , pandangan , cadangan dari semua mahasiswa/i kami hargai dan terima dengan seadanya.
Sokongan berterusan dari rakan-rakan mahasiswa/i kepada kami,
kami ucapkan terima kasih dan mohon berterusan dalam kita perjuangkan kebajikan dan hak mahasiswa/i kita.
Salam .. tahniah buat MPM yg sentiasa alert dan peka dgn isu kebajikan pelajar dan msalah ummah..
ReplyDeletemasa duk kat cafe kk1 byk kali terdgr perbualan pljr2 perempuan yg xcukup duit nk byr makanan.. rm 2.00 still considered mhl.. Isu kebajikan,yela peljar perempuan khursus sesak akhir2 sem..
Kes kcurian yg dlapor/xdlaporkn krap blaku.. bpunca kerna kkurangn wang.. Pihak2 yg blh mbantu xharus mnafikn tggungwb utk mbntu.. thn 2006, 2 kali kes kecurian di ump masuk paper.. konsert amal ade..
tabung kebajikan (staff/pelajar) harus diguna pakai dgn lebih bijaksana, atau wang peti sedekah Msjid juga harus membantu ummah.. lebih2 lagi institusi islam harus memainkan peranan dlam mmebantu ummah..
MPM (kebajikan) boleh mewujudkan beberapa SKIM/TABUNG bg membantu pelajar.
1. SKIM AMAL JARIAH (Mana2 plajar/staff boleh menderma ditabung ini - tabung ini bersifat sedekah)
2. SKIM PINJAMAN (Dari sumber yg sama dari SKIM 1/ETC, tapi ia berbentuk SKIM pinjaman yang harus dibayar semula.)
harap dapat membantu..mungkin dapat dijalankan pada sem yg ada ini,atau sem hadapan..
tabung skim PINJAMAN semasa utk hujung2 sem. Kerana pelajar kerap xde duit time hujung2 sem je.
Tabung skim PINJAMAN ini harus dibayar/ditolak terus dari akaun mereka setelah ptptn mereka masuk..
manfaat TABUNG SKIM AMAL JARIAH.
-pahala yg xputus2 bgi sedekah kepada penuntut ilmu. Selagi mana sedekah itu menjadi darah daging,dan penuntut ilmu terus menyampaikan ilmu,berbakti dan sehingga mati. Si penderma akan mendapat manfaat hngga ke akhirat.
Setiap kemungkaran yg berlaku diUMP yg mana kita langsung tiada ambil tindakan akan dipertanggungjawabkan keatas pemimpin,dan semua warga UMP.
Didunia mungkin selamat,akhirat semua akn dihitung.. lebih2 lagi pemimpin..
Akhir kata,maaf atas kekhilafan memberikan cadangan,teguran,pendapat.. selamat memimpin,cegahlah kemungkaran sedaya yg mampu,dan bantulah ummah yg memerlukan..
"Memberikan sedekah adalah 10 kali ganda pahala,memberikan pinjaman bg yg memerlukan adalah 20 kali ganda"
yang Khilaf,
Ahmad safuan b abdul razak.
awat blog nie x sepopular blog mantan YDP MPP?
ReplyDeleteMinta menulisan dengan lebih matang dan telus..
tak perlu terlalu formal..
harap boleh mempromosikan blog MPM nie dengan lebih kerap..
apa guna ada sekretariat??
jangan jadi blog syok sendiri pula.